Apakah ini?
- Inilah yang dinamakan Rubu’ Mujayyab
- Apakah kegunaannya?
- Untuk mengetahui waktu masuk sholat
- Untuk mengukur ketinggian suatu benda,
- dan lain sebagainya
Mengenal Rubu' Mujayyab
Dinamakan Rubu’ Mujayyab kerana padanya ada banyak garisan, Maka disini saya akan memperkenalkan garisan garisan yang ada pada Rubu’ Mujayyab.
Nama Garisan
1. المركز (Markaz) yaitu lubang yang dimasukkan benang dimana benang tergantung darinya sampai kepada Qaus Irtifa’ (lengkungan seperti busaran panah)
2. قوس الإرتفاع (qaus irtifa’) garisan berbentuk busaran panah
قوس الإرتفاع (qaus irtifa’)
- Padanya ada garisan dan nombor darjah
- Bermula dari kanan dan kesudahan sebelah kiri
- Bilangan dari kanan ke kiri dinamakan bilang bilangan مستوية (mustawiyatan)
- Bilangan dari kiri ke kanan dinamakan bilang bilangan معكوسة (ma’kusah)
- Bilang bilangan darjah ada 90
4 جيب التمام 3 الستيني
- 3. جيب التمام (jaibu-tamam) iaitu garisan yang dimulakan dari المركز sehinga awal قوس
- Ada 12 kotak setiap satu kotak dikira 5 darjah jadi lah 60 darjah
- 4. الستيني (sittini) iaitu garisan yang dimulakan dari المركز sehinga akhir قوس bilangan darjah sama dengan جيب التمام
5 دائرة التجييب
- Dairatut-tajyib ialah separuh bulatan yang dimulakan dari المركز sehinga akhir qaus dinamakan التجييب الأول (at-tajyibul awwal)
- Adapun yang bermula dari المركز berkesudahan pada awal qaus dinamakan التجييب الثاني (at-tajyibul sani)
6 الجيوب المبسوطة 7 الجيوب المعكوسة
- الجيوب المبسوطة iaitu garisan tegak, bermula dari الستيني (sitini) menurun kepada qaus
- الجيوب المعكوسة garisan lintang, bermula dari جيب التمام (jaibut-tamam) hinga kepada qaus
8 دائرة الميل
- Satu garisan lengkung seperti busaran panah jaraknya dari المركز (Markaz) 24 darjah
- Satu hujungnya pada الستيني (sittini) dan satu lagi di جيب التمام (jaibu-tamam)
9 قوس العصرين
- Qaus dua asar iaitu dua garisan yang terputus putus pada kebiasannya
- Garisan ini bermula dari awal qaus hinga kepada 42.33 darjah dinamakan asar awal (asar mazhab Syafie)
- Satu lagai kepada 26.5 darjah dinamakan asar kedua (asar mazhab Hanafi)
10 قائمتا الظل
- Qaimatu-zilli ialah dua garisan yang bertitik titik
- Satu daripadanya bermula daripada sittini kepada qaus irtifa dinamakan قائمة الظل المبسط
- Dan yang satu lagi dari jaib tamam kepada qaus irtifa dinamakan قائمتا الظل المنكوس
11 الهدفتان
12 الخيط
13 المري
14 الشقاول
- 11 Tangam
- 12 Benang
- 13 Penanda
- 14 Batu pemberat